pengikut kite

Total Pageviews

Saturday 13 August 2011

takdir cinta [ 5 ]



“ Am nak pergi kampung Pak Mat???!What?Am nak buat ape pergi kampung macamlah takder tempat melancong yang lagi menarik,”tempik Datin Naima mendengar kehendak anak terunanya yang bongsu ini.Memang bukan-bukan. Datin ni bukan berkira   sangat yang penting dia puas menjerit sampai satu rumah bergegar.
“ Biarlah budak tuh nak pergi mane pun,dia dah besar,”ujar Dato’ Mazlan yang masih tidak beralih pandangan daripada surat khabarnya.Khusyuk benar.
“Am nak pergi melancong mana?Biar mama tanggung.Nak release tension kat luar Negara.Mama ada choices and boleh rekomenkan kat….”
“ Ma,Am just nak pergi kampung Pak Mat je,not to oversea lagipun bukan jauh pun.Am tak mahu pergi jauh-jauh memandangkan tok wan pun masih tak sihat.Am tak ada interest nak pergi jauh-jauh.Am cuti ni pun sebab orang suruh,”jelas Adam .  ‘ Hesy rimas betul diperlaku bagai nak kecil ‘ getus Adam dalam hati.
“ Am,kalau yer  pun nak relax-relax nape mesti kat kampung.Am mane pernah dok kawasan kampung.Nanti kene gatal-gatal kang.Hish mama tak tahan kena gigit nyamuk ,” balas Datin Naima sambil membuat gaya geli geleman dia.
“ Aduh mama sebab tuh lar Am nak merasa duduk kampung.Lagipun Am ada kerja sikit nak lihat-lihat kampung Pak Mat tuh untuk program akan datang kat televisyen,” Hah ada pun idea huhuhuh…’ bisik Adam dalam hati.
“ Kampung Pak Mat tuh cantik sesuai sangat kalau nak buat program televisyen akan datang ma,” sambung Adam lagi.Fuh kali ini memang  Datin Naima tidak boleh bangkang sebab anaknya pergi atas urusan kerja bukan melancong semata-mata.Akhirnye mucung datang Datin Naima yangkeluar.
………………………………………………………………………………………..

“Wow ! Kak Ain berseri-seri lepas dah jadik tunangan orang ni kan.Untunglah abang Mina sebab dapat akak.Dahlar cun melecun,baik,sopan….,”puji  Mina selepas melihat cincin emas dijari manis Ain itu.Ain hanya tersipu-sipu malu mendengar pujian daripada Mina.
“ Hah?aku salah dengar ke?jap-jap.Sah aku rasa aku da pekak.Nie semua gara-gara kak Ain lah ni yang sua jam loceng dia kat telinga aku Mina.Toksahlah puji melambung-lambung gitu.Nanti sikit lagi ade lah baju yang koyak huhuhu,”sengaja Isha mengingatkan kembali bagaimana akaknya itu mengenakannya . Kini sudah dapat ku balas….hehehe.
“Amboi adik akak ni saje je kan,cubit nanti baru tahu,” oh tidak! Mangsa cubitan lagi?
“ Woooowo okey2 kak Ain tok leh nak cubit-cubit orang lagi nanti dah tak berseri  dah tunang kepada  Muhammad Ridzwan ni,”ujar Farisha sambil bangun dari sebelah kak Ain.Takut-takut terkena gigitan jari Ain.Memang berbaloi…huhu eh?memamg berbisa…silap pulak.
“Takpe nanti sikit lagi abanglah mangsanya,”ujar Mina suka.Apalah nasib abang dapat isteri yang suke cubit-cubitan ni . Kasihan,tapi dah nama cinta.Apa boleh buat….
“Kak,jom pergi ambil gambar mak panggil ,mak mertua pun panggil,”ujar Farisha.

Penat sekali.titik.Ni baru bertunang,agaknya kahwin mahu patah pinggang aku mengemas’ bisik Farisha dalam hati.Usai mengemas rumah terus sahaja Farisha merebahkan tubuhnya ke bangku kusyen rumahnya.Terasa segala sengal dibadan,tapi tak boleh lawan mak yang kene layan tetamu yang datang.Kesian mak.
“ Ishaaaaa!”panggil mak dari dapur.Aduh mak ni macam tahu aje orang ingat kat dia.Mak panggil makan ke?Eh memang lapar sangat  ni segala tenaga sudah kehabisan’ getus hatinya.Dengan pantas Farisha terus sahaja bangun menuju ke dapur.
“Ada apa mak?Ada makanan untuk Isha ke?hmmm lapar sangat ni,”Farisha mengambil tempat di sebelah Puan Mariyatul.
“ Ada tapi lepas makan mak nak kamu pergi rumah Mak Som hantarkan makanan ni.Bolehkan?”soal ibu kesayangannya itu.Aduh ni tengok muka mak yang comel ni pasti aje aku kata boleh walau penat dah tahap kerje angkat batu bata,’ bisik Farisha dalam hati.
“Boleh sajaaaaa…”ujar Isha tiru gaya Stacy.huhuhu

“Pak Mat,cantiknya sawah padi,nampak damai dan hijau je,bersih pulak tuh,”ujar Adam yang memandang ke luar tingkap kereta.Mata tuh tak lepas-lepas memandang sawah padi yang terbentang luas di sepanjang perjalanan sejak mereka masuk kampung itu.Pak Mat yang berada di sebelah  Adam hanya tersenyum kecil melihat kelakuan anak majikannya itu.Selalunya memanglah Pak Mat yang bekerja sebagai pemandu keluarga Dato’Mazlan tapi kali ini Adam yang memandu ke rumah Pak Mat.Ni semua atas desakan Adam yang tidak mahu Pak Mat memandu .Baginya Pak Mat dah macam keluarganya dan tak salah rasanya dia memandu sendiri.Dia memang biasa begitu.
Farisha mengayuh basikal kepunyaan ibunya menuju ke rumah Mak Som.Dengan berbaju kurung biru yang tak bertukar sejak  pagi tadi.Rambutnya di ikat ekor kuda dan di letak dibahu.Memang ayu sangatlah lah orang tengok,tapi perangainya haish! tak siapa sangka Farisha ni agak kasar orangnya.Bukan sengaja menjadi kasar tetapi dia memang tidak benarkan sesekali orang memijak kepalanya.Lagi-lagi kaum Adam yang memang suka benar mengambil kesempatan terhadap kelemahan kaum Hawa zaman sekarang ni.
“Eh,eh!!!!!!adoi!!!Mak sakit!!!!Heyyy kereta siapa yang pikir jalan ni bapak dia punya!sikit lagi langgar aku.!”jerit Farisha sampai cuba untuk bangun setelah jatuh gara-gara nak elak dari dilanggar kereta Satria Neo itu.
“Isha!”jerit Pak Mat dari jauh.Pak Mat berlari mendapatkan Farisha di belakang diikuti lelaki yang hampir  melanggarnya tadi.
“Isha,macam mane?ada luka mana-mana tak?”soal Pak Mat risau benar dengan keadaan anak arwah rakan baiknya itu.
“ Tak de,eh,!Pak Mat!Isha on the road ni  nak pergi rumah Pak Mat.Mak suruh hantar makanan ni ke rumah Pak Mat sebab Mak Som tak dapat datang.Pak Mat buat apa kat sini?Kereta  tu Pak Mat! dia ingat jalan kampung ni jalan dia ke?”soal Farisha kehairanan ‘ setahu aku ni bukan kereta Pak Mat ,kalau ya pun terlalu berjiwa muda lah orang tua ni sebab sporty giler  kereta  ni.
“Sorry lah ni kereta saya.Saya sebenarnya yang bawak kereta tu.Memang betul ni bukan jalan saya tapi jalan ni juga bukanlah hanya untuk pembonceng basikal sahaja yang awak nak jalan kat tengah-tengah tadi,”hah amek kau!’ getus Adam dalam hati.Geram benar dia dengan sikap Farisha yang tidak berbudi bahasa dengan nya.Tapi kan apasal aku macam lihat perempuan ini.Matanya……seakan..
“Hey makhluk asing!kau punye keretakan um jap aku tengok! takder lah lawa mana kan tapi kau cubelah hormat orang yang bawak basikal ni.Perlahan lah sikit.Ni bukan litar atau highway yang kau nak laju-laju.Kau bawak mata kau ngadap mana hah yang sampai kau himpit aku ke tepi jalan?!”marah benar Farisha diperli begitu huh!!!
“Awak ni kan?!”
“Hah ape?!
Mata bertemu lagi sekali.Sah perempuan itu.! Bisik Adam dalam hati.
Apasal  aku berdebar sangat nih’ bisik Farisha dalam hati.
“Sudah-sudah….dah!Isha  dah dekat ngan rumah Pak Mat dah ni mari Pak Mat tolong  tolak basikal tuh masuk halaman rumah Pak Mat.Adam kamu pandu depan sikit kiri tuh rumah Pak Mat,”arah Pak Mat.Budak-budak ni memang tidak boleh dibiarkan kalau dibiarkan makin melarat.Silap-silap sampai malam pun belum tentu habis bertekaknya.
“huh!”
“hum!!!”
Dua-dua berpaling.Pak Mat hanya tersenyum menggeleng kepala.