pengikut kite

Total Pageviews

Wednesday 15 June 2011

takdir cinta [ 4 ]

“ Kak Ain nak kahwin?!”berdiri Farisha mendengar pengakuan kakaknya itu.Ain hanya mengangguk-angguk mendengar pertanyaan adiknya yang separuh menjerit itu.
“ Dah bagitahu mak?”soal Farisha serius sekali.Ala macam dialah pulak mak.
“ Dah,mak kata mak gembira dengar.Kenapa?Isha tak suka akak nak kahwin ke?”
“Bukan Isha tak suka….hmmmm….sebenarnya…”kata – katanya tergantung di situ.
“ Sebenarnya apa Isha?” soal Ain penuh curiga.
“ Sebenarnya Farisha adalah orang paling gembira bila dengar akak Isha ni nak kahwin tahu!”ujar Farisha sambil memeluk kakak kesayangannya itu.Yelah sepanjang perjalanan hidup mereka tiga beranak selepas  arwah Encik Hanif meninggalkan mereka sewaktu usia mereka kecil lagi Ain lah yang  banyak membantu ibunya menyara keluarga. Walaupun Ain banyak membantu tetapi Puan Mariyatul tetap mahu anak-anaknya membesar dengan didikan dunia dan akhirat yang cukup.Dia tidak mahu anak-anaknya ketinggalan dalam pelajaran.Bak kata mak “ Jika kita ada ilmu campak kat negeri mana pun mesti boleh hidup,” tuh peribahasa maklah….
“ Bila abang Wan lamar akak?”soal  Farisha ingin benar tahu.
“ Semalam,,”
“ Waduh!Abang Wan ni bagus betul takut akak dikebas orang cepat-cepat pulak lamar akak kan.Kak Ain dia ada tak lamar akak macam kat dalam samarinda ke,drama ke?Alah macam duduk-duduk melutut tuh?”soalan ‘cepuk’ mas untuk Ain.
“Hisy..budak ni awak tuh bawah umur mana boleh tahu,”ujar Ain yang sudah kemerah-merahan mukanya diusik adiknya itu.
“ Alah,baru usik sikit dah merah muka tu.Tapikan elok jugak kakak Isha ni kahwin Tengoklah dah berkedut-kedut dah ni muka,” usik Farisha sambil gaya menilik-nilik muka Ain.
“ Amboi,!kutuk kak Ain yer nanti yer!”Ain sudah membaling bantal-bantal ke muka Farisha.Dari luar bilik terdengar hilai tawa serta jeritan mereka yang memang suka bergurau.Puan Mariyatul tersenyum mendengar telatah anak-anaknya yang selalu membahagiakan dirinya.
“ Uhuuukkkkk!uhhhhuk!”penyakit batuk Puan Mariyatul datang.Lekas-lekas Puan Mariyatul berlalu masuk ke dalam bilik tidak mahu anak-anaknya terdengar bunyi batuknya yang bertalu-talu itu.

“ Tok,Asfar balik tok,”ujar Asfar kepada neneknya. Dilihat neneknya hanya terbaring.Matanya tertutup.Neneknya hanya bernafas dengan menggunakan alat bantuan pernafasan sahaja. Asfar mengusap-usap tangan dan kepala neneknya.
Adam yang berada di sebelah hanya mendiamkan diri setelah membawa abangnya melawat nenek mereka di hospital.Adam berlalu meninggalkan Asfar.Dia mahu berada di luar bilik kerana  tidak sanggup melihat keadaan nenek mereka dengan lebih lama.Rasa sedih dan sayu bertandang di hati.
“ Abang dah balik rumah?”soal Adam setelah sekian lama menyepi di dalam kereta.Dilihat Abangnya yang masih lagi terkejut melihat keadaan nenek yang terlantar di hospital.
“ Belum,Abang terus ke tempat kerja kau lepas sampai KLIA.Lagipun kat rumah mana ada orang kan,”jelas Asfar kepada Adam.Ya memang benar kalau pun dia balik ke rumah dulu pasti Dato’ Mazlan dan Datin Naima tidak ada.Masing-masing dengan kerja.Yang seorang sibuk dengan syarikat.Yang satu lagi dengan persatuan tak sudah-sudah.Melancong sana-sini.
“ Betul jugak tu.Abang balik terus ke atau sekejap?”soal Adam inginkan kepastian.
“Abang balik terus,”pantas sahaja Asfar menjawab.
“ Wow,Is it true bro?”Adam benar-benar tidak percaya dengan jawapan yang Asfar berikan.Maklumlah dulu suruh tinggal kat Malaysia tak nak.Nak uruskan perniagaan Dato’Mazlan kat luar Negara .Dalam erti kata lain Asfar sebenarnya sedang melarikan diri daripada kehidupan masa silamnya.Ditinggalkan oleh isteri yang curang terhadapnya.Sanggup berkahwin dengannya semata-mata harta.dan bermain cinta dengan lelaki lain.
“ Yeah,hopefully,”ujar Asfar tenang.Sebenarnye Asfar tidak berniat untuk menetap terus di Malaysia ini.Ada sesuatu yang menyuruhnya untuk tinggal di Malaysia yang dia masih tidak pasti apa.


“ Pak Mat Am nak ikut Pak Mat balik kampung boleh?”soal Adam berharap.
“ Kamu ni biar betul Am,Dato’tak tahu ke? Lagi satu apa mimpi kamu nak balik kampung pakcik?Kamu demam yer?”soal Pak Mat bertalu-talu.sambil memegang dahi Adam takut-takut anak majikannya itu demam.Buang tabiat ke.
“ Memang saya tengah sakit Pak Mat sebab tu saya nak balik kampung Pak Mat,boleh tak Pak Mat,”seloroh Adam sambil membuat muka seperti sakit.
“ Ish budak ni,Pak Mat tanya betul-betul dia main-main pulak.Cerita yang benar nak,”pinta Pak Mat yang semakin pelik dengan tindakan anak majikannya itu.Baru kali ini dia mendengar permintaan Adambetul-betul  luar dari biasa.Sebelum ini memanglah kadang-kadang permintaan Adam selalu saja bercanggah dengan keputusan Dato’ Mazlan.Disuruhnya bekerja dalam syarikat tidak mahu katanya suka berdikari.Pernah juga Adam meminta untuk berpindah duduk di rumah sendiri tapi di larang keras oleh Datin Naima.Ibunya itu tidak membenarkan sama sekali Adam berpindah ke rumah sendiri jika mahu bekerja sendiri.
“ Am,cuti Pak Mat,Am tak tahu nak pergi mana.Dengar kata kampung Pak Mat best.Am nk cari ketenangan kat kampung Pak Mat,”jelas Adam pada Pak Mat.
“ Tapi kalau menyusahkan Pak Mat Am tak jadilah ikut….”sambung Adam.Mulalah tuh buat muka seposen dia’ bisik Pak Mat dalam hati.Lucu benar melihat muka Adam begitu.
“ Ish,tak menyusahkan pun Am,Pak Mat Cuma pelik je dengan permintaan kamu tu.Apa pulak kata Dato’ nanti kalau…”
“ Okey kalau dah macam tu Pak Mat Am berkemas okey.Nanti bila Pak Mat nak gerak bagitahu Am,”Adam terus berlalu selepas memotong kata- kata Pak Mat tadi. ‘ Budak ini memang pelik’ getus Pak Mat dalam hati sambil menyambung kerjanya mengelap cermin kereta.

2 comments: