pengikut kite

Total Pageviews

Wednesday 1 June 2011

takdir cinta [ 3 ]

“ Lah..ape susah sangat nak masuk tempat kerja kau ni Min.Siap nak security bagai.Nak masuk pun k  susah,”ngomel Farisha pada Min. ‘ Aku tahu tadi tak mahu aku jejak ke sini.’Farisha mengutuk dalam hati.

“Isha kau faham jelah kat sini kan kawasan tempat orang buat rancangan , liputan,show,lagipun sini kawasan banyak public figure keluar masuk tu sebab tak boleh sebarangan orang masuk demi keselamatan pekerja dan selebriti-selebriti yang datang sini,” jelas Amalina panjang lebar.

“ Ish..leceh tuh..kalau aku tahu aku pura-pura jadik artis undangan tadi boleh security tu kipas-kipas aku kan,?” Farisha sudah mula memegang-memegang dagunya sambil tersenyum kambing.

“ Hah?sudah kawan aku yang sorang ni dah mula lah tuh nak buat kerja yang bukan-bukan kan?Dah!jangan nak ngada-ngada jom pergi makan nanti kite sambung angan-angan kau tuh okey?”Min menyekeh kepala Farisha sambil membukakan pintu kereta untuknya.

“Dol!sakit tahu?bengap 44 hari nih.Min aku tiba-tiba rasa nak pergi tandas lah.Perut aku ni kencang pulak buat hal.Takut terbuang saja dalam kereta nanti,hijau kita,” Farisha memegang perutnya yang sakit itu.Memang daripada  tadi sebenarnya Farisha mahu ke tandas tapi disebabkan dia tak tahu selok belok tempat kerja Amalina dia pun tahan jelah.Lagipun kawasan tu ketat sikit nak masuk.

“Haish kau ni,tu hah kat tepi hujung sana ada toilet cepat sikit okey?”pinta Mina.

“ Ok boss!Lima minit lagi saya sampai,”Ujar Farisha bersemangat sambil berlari-lari anak pergi ke tandas.Mina hanya menggeleng-geleng kepala melihat perangai Farisha yang dari dulu hingga kini maintain tuh.iaitu.selamba dan tak tahu malu.
‘tandas..tandas dimanakah kau tandas’bisik Farisha dalam hati.tak tahan ni tolong!Dek kerana tak tahan Isha terus masuk ruang yang memang confirm tandas.
‘Fuh lega!’Farisha membuka pintu tandas  dan menghadap ke cermin. ‘ Wait! Asal ada mamat doh kat sebelah aku ni’getus hatinya.Pelik.

“ Aaaarghhhhhhhhhhhhhhhh!” lantang suara Farisha menjerit 

“ Cik!ni….”

“Jangan dekat! Tolong!Pero….”Farisha buka langkah seribu tapi belum sempat dia melangkah pergi lelaki yang berbadan tegap bertopi  terbalik itu pantas menarik lengan Farisha.Farisha terdorong kea rah lelaki itu.Jarak mereka tidak jauh.Lelaki itu menekup mulut Isha supaya senyap. ‘ Glup’ Tersekat  air liur aku bisik farisha dalam hati.Mata mereka bertemu.dan waktu seolah-olah berhenti seketika.Adam terkesima melihat mata cantik itu.

“Cik,harap mata je cantik tapi tak reti nak guna betul-betul.Kalau cik jerit satu bangunan sekalipun saya pasti cik yang akan dipersalahkan nanti,soo…nanti bukan saya yang dituduh perogol ,cik yang dituduh mengendap saya,”sinis  Adam .

Farisha yang mula sedar dirinya dekat dengan lelaki itu,memijak  lalu menyiku perutnya.Adam terjatuh ke lantai. ‘ Rasakan jantan miang!’bisik hatinya terus berlari dia terlihat di pintu ‘alamak tandas lelakilah,aiseh’pantas sahaja dia melarikan diri takut-takut dikejar lelaki yang dibelasah tadi.

“Argh!aduh…aku dapat perempuan tu.aku cincang dia 45 kali!,”dengus Adam geram.Dia perlahan bangun sambil memegang perutnya yang masih sakit di siku perempuan itu.
Farisha berlari sekuat hatinya.Dah macam lari berganti-ganti pun ada.Lari tak pandang-pandang depan.

‘Buuuuukkkkkkkkk!!’

“ Aduh,bala apa lagi ni!”dengus Farisha apabila terlanggar seorang lelaki tegap yang agak tinggi itu.

“ Cik,awak tak pape?”Lelaki itu cuba membantu Farisha

“ Haish!...tak da  pape.tak da pape!”Farisha  tidak menghiraukan lansung pertolongan dari lelaki itu.Huluran tangan juga tidak disambut juga.Dalam kepalanya hanya memikirkan yang dia nak lari daripada lelaki dalam
tandas tadi.

“ Pelik aku perempuan ni.Nak tolong tak nak.terus blah.Macam kene kejar hantu je,”Asfar hanya
menggeleng-geleng perlahan sambil mengangkat bahu,melihat wanita yang baru sahaja merempuh tubuhnya.Sempat juga dia melihat wajah putih itu,walaupun wanita itu tidak memandangnya . ‘Manis’ detik hatinya.Tidak sedar yang dirinya sedang tersenyum sendiri mengenangkan wajah manis itu tadi.

“ lar ni pehal lak muke dah macam mayat lak ni.Pucat lesi je aku tengok!Dahlar masa masuk kereta tadi kau tercungap-cungap macam baru lepas marathon.Takkan lar kat Bandar pun kene sampuk Isha.Cube kau cerita kat aku ,” risau benar Mina melihat teman baiknya yang sekejap macam tu,sekejap macam ni. ‘Sah kene sampuk ni’

“Memang lah aku kene sampuk kau tahu?”

“ Tak tahu pun,”

“Sebab aku tak bagitahu,”

“ Dey!Mau cerita ka ta mau?”

Farisha yang menyedut air oren dihadapannya tersedak dan tegelak mndengar intonasi Amalina itu. “ Okey.Aku bagitahu,”Farisha menceritakan satu persatu malang yang menimpa dirinya tadi.Baginya apalah salah dia sampai dipertemukan dengan lelaki miang dan jejaka tunjang itu.

“ Der!yang kau masuk tandas lelaki tu pehal ?Kalau akulah jadik lelaki tu aku biar je kau terpekik terlolong pun.Dah tentu-tentu salah kau yang masuk tandas  lelaki sape suruh?”ujar Mina sambil menghabiskan sisa-sisa tawanya.

Farisha hanya mengetap bibir sambil  mengecilkan matanya kepada Mina.

“ Okey-okey,enough-enough,”ujar Mina faham benar dengan sikap temannya yang tengah menahan malu itu.

“Aku tak nak datang lagi tempat kerja kau!”  ugut Farisha geram.

“Aduh,touching bangat nih.Sorry lah sis.Okey aku janji tak gelakkan lagi.Tapi memang sweetlah kau masuk tandas lelaki.Bukan senang nak masuk tau.Kau ada nampak apa-apa yang lain ke?”soal Mina mengusik.
“ Ada!”jawab Farisha semangat
“ Apa dia Isha??”
“Nak tahu??”
“ Best…,”pancing Isha lagi.
“ La bagilah tahu,”pinta Mina sungguh. ‘ Mak aih minah nie dasar glenyah tul!’bisik Farisha dalam hati.Daripada tadi dia sudah menahan ketawanya melihat respon Amalina.
“ Aku nampak….”
“Kau nampak…,”sambung Mina.
“Tandas!”Farisha menyekeh kepala Mina. “ Oit!toksah duk glenyah sangat lah.Mata aku tak scan benda-benda tak elok tau!”
Amalina mengusap –usap kepalanya yang disekeh Farisha tadi. “ Alah,dah kau kata kau nampak aku percaya lah,”
“ Kau dengan lelaki miang yang aku jumpa kat dalam tandas tu sama jer ambil kesempatan.Dah!Jom hantar aku kat bas stop okey,nanti kau lewat masuk kerja aku pulak yang salah,”ujar Farisha.Langkahnya diikuti Mina. 

No comments:

Post a Comment