pengikut kite

Total Pageviews

Sunday 29 May 2011

takdir cinta [ 2 ]

Butang ‘ next’ ditekan satu-satu untuk melihat gambar-gambar yang diambil dalam kad memori itu.Farisha melihat gambar-gambar waktu majlis graduasi bersama teman-teman.Rindu. Entah ke mana lah kawan-kawan aku sekarang.kerjakah?kahwin kah?soal hatinya sendiri.
Petang itu Isha menghabiskan masanya berjalan-jalan di tepi sawah,mengambil ambil gambar permandangan sawah yang terbentang luas.Oh..indahnya ciptaan Tuhan.Isha lebih selesa memakai seluar track dengan baju lengan  panjang.Rambutnya yang hitam panjang dilitupi dengan skaf kecil.
Sebuah kereta kelisa berlalu sambil membuka tingkap keretanya. Seorang wanita menanggalkan cermin mata hitamnya, “ Isha !”jerit wanita itu padanya.
“ Jap macam ku penah lihat,tapi di mana ya,” Isha memejam mata sambil cuba mengingati siapakah wanita ini.
“ Ni akulah! Mina..Min !”
“ lah Min..sumpah aku ingat minah kerek mana masuk kampung siap nak cermin2 mata bagai kau kan..,”
Mina keluar dari kereta dan memeluk erat Farisha.kerinduan pada teman sekolahnya terlepas jua.
“amboi kau,jadi artis ke sekarang?”soal Farisha sambil tersengih-sengih.
“Haish..kau ni kutuk aku ke apa sis?Aku kerja kat TV9 jer,bahagian penerbitan.Tapi kalau kau nak cakap aku artist boleh lah ,artis belakang tabir hehe,”balas Amalina selamba.
Wah,mesti banyak jumpa artis kan,Syok lah kau , meh aku ambil gambar kau eh,pastuh boleh mintak sign hahaha ,” Farisha  sudah memetik kameranya beberapa kali mengambil gambar Amalina.Amalina hanya possing ala-ala model gituh!.Layaannn….
“ Eh Isha meh pergi rumah mak ayah aku,”Kalau diikutkan memanglah dia nak pergi tapi mengenangkan hari dah makin petang.Dia berfikir seratus kali jugak nak pergi.Takut-takut kak Ain mengamuk sebab tak balik rumah.
“ Ala cam ne ek?Aku memang nak pergi tapi nanti kesayangan aku kat rumah sorang-sorang.plus…Kak Ain nanti marah pulak kalau aku lambat balik,”
“ Owh..it’s okey lah sis,nanti-nanti aku datang rumah kau ek.Aku pun dah lama tak jumpa mak kau,”
“ Tapikan Min aku rase teringin sangat nak naik kereta kawan baik aku merangkap artis belakang tabir ni hehehe…Apakate kau berbakti pada kawan kau yang dah lame tak berjumpa ni dengan menghantar aku ke rumah kan??kan?”Mina mencebik dan tersenyum mendengar permintaan kawan baiknya itu.Akhirnya Mina menghantar Farisha ke rumah Farisha.
“Arrggghhhh!!!”Adam mendengus bengang.Kertas yang dipegang dilontarkan ke lantai.Beberapa krew-krew produksi hanya melihat tidak berani menegur.Bukan mereka tak pernah tengok keadaan kritikal penerbit mereka tuh….Moody memanjang tapi sejak akhir-akhir ni  makin menjadi-jadi.Teringat lamarannya pada Hanis ditolak mentah-mentah kerana Hanis masih belun bersedia untuk menjalani kehidupan berumah tangga.
“ What???Marry with you??Are you serious Am?”
“ Yes,I’m serious Hanis.Lets get marry,”Adam sudah pun mengeluarkan cincinnya dari poket.Membulat mata Hanis melihat cincin permata di dalam kotak kecil berwarna merah hati itu.
“Am,wait…wait,bukan I tak nak Am,I  Cuma…Cuma..”kata-kata Hanis mati di situ.
“Cuma apa Hanis?”soal Adam berkerut.
“ Cuma I belum ready Am.Now look I baru 25 tahun and I masih bekerja keras untuk menjadi CEO kat syarikat I.I tak mahu terikat dengan apa-apa lagi sekarang ni,”ujar Hanis. ‘ Ye,memang aku belum puas untuk hidup bujang lagi’ getus hatinya.
“ I harap you mengerti apa yang I mahukan,”Adam mengeluh kecil mendengar jawapan Hanis mana mungkin dia mengorbankan masa depan Hanis semata-mata berkahwin dengannya.Tapi bukannya dia tak boleh bekerja kalau berkahwin dengannya.
“ I takut nanti I tak dapat bahagi masa I dengan kerja,dengan you,and dengan family you lagi.I tahu yang your grandma now kat hospital kan.Nanti I kena jaga lagi,bila masa I nak wat kerja Am,”ujar Hanis jujur.
Mendengar penjelasan Hanis yang tulus lagi mulus itu (kononnya) telah menyedarkan Adam bahawa wanita di hadapnnya itu benar-benar mementingkan diri.Langsung tidak mahu berkorban untuk keluarga mahupun dirinya. ‘Camne nak buat bakal isteri ni,tak hingin aku’ kutuk Adam dalam hati.
“ It’s okey Hanis,but antara kita? OVER!” Adam berlalu pergi meninggalkan Hanis yang terpinga-pinga.
“Am!Am!tunggu I…”jerit Hanis sambil cuba mengejar langkah Adam yang semakin laju meninggalkannya.Adam hanya membuat isyarat tangan meyuruh pergi,atau dalam bahasa kurang sedap ‘ blah la weyh ‘.Langkah hanis terhenti melihat tindakan adam yang tidak memandang ke mukanya. ‘ Am jangan tinggal Hanis,Hanis cuma…’Hanis menjerit dalam hati melihat kekasihnya pergi.Kini rasmilah bahawa hubungan mereka sampai di situ.it’s OVER.

No comments:

Post a Comment