pengikut kite

Total Pageviews

Tuesday 24 May 2011

takdir cinta [ 1 ]

“Farisha!!!!” jerit  Ain ke telinga Farisha Humaira.Geram betul dia  dengan penyakit adiknya yang susah betul nak bangun pagi.
“ Alah kak Ain aper ni kacaular,nak pergi kerja pergilah.!Orang nak tidur ni,takkan lah nak bawak orang sekali pulak haish!” Farisha  terus berselubung dengan selimutnya.Ain hanya menggeleng-geleng perlahan melihat kelakuan Farisha.Tiba-tiba dia ternampak jam loceng  yang terjatuh atas lantai.Ain tersenyum lalu mengambil jam loceng.Diletakkan betul-betul ke telinga Farisha. ‘ Siaplah kau.amboi liat bebenaw!’bisik hati Ain.
“Krrrrrrrrrrrrriiiiiiiiiiiinggggggggg!!”
“ Oh mak cik kau datang rumah eh!aku tengah tidur!eh kau pergi kerja,” melompat Farisha turun dari katil.Dari tadi Ain sudah pun mengekek ketawa melihat adiknya terkejut. “ Hesy….kak Ain ni!memang nak kena ni !nanti yer.Kalau pekak telinga Isha siap akak!Isha klim insurans beribu-ribu sebab buat telinga Isha pekak !,” belum sempat apa-apa Ain sudah berlari meninggalkan bilik dan terus ke dapur. Isha mengejarnya.
“Maaaaaaak!tengok  Isha ni mak !”Ain terus menyorok di belakang badan ibu kesayangannya,Puan Mariyatul sambil tersengih-sengih sebab dapat mengenakan Farisha.
“ Ni hah kak Ain ni mak,dia kacau orang tidur,letak jam loceng kat telinga orang. ,”ngadu Isha sambil berusaha untuk mencubit kakaknya.
“ Haish nape ni pagi-pagi dah berlari ke sana sini,tak padan dengan umur,yang sorang dah kerja yang sorang dah habis belajar tapi perangai macam macam budak-budak,dua-dua sama,” bebel Puan Mariyatul kepada anak-anaknya.Walaubagaimanapun dia suka melihat kedua-dua puteri kesayangannya itu.Mana taknya hampir runtuh rumah kayu milik arwah Encik Hanif dan Puan Mariyatul bila Farisha dah berjumpa dengan kakaknya. “ Ni Ain tak kerje ke? Kang lambat nanti.Dok berlari sana sini,” soal  Puan Mariyatul sambil meletakkan sarapan pagi atas meja .Farisha hanya buat muka geram sambil mengecilkan matanya melihat kakaknya terlepas begitu sahaja.
“ Ain nak pergi lah ni mak.Budak kecik tuh kejar-kejar orang,mimpi ape entah!hehehe….”
“ Alah kak Ain tuh jeles tengok orang  tidur,dia kena pergi kerja,tuh sebab dia kejut orang sekali,” Farisha terus sahaja mengambil roti dan menggigit geram.Malas nak layan kakaknya.Lagi di layan lagi teruk dia kena.Lagipun dah memang salah dia pun bangun lambat.Haruslah kene…..
“ Isha tak subuh ke?” soal Puan Mariyatul .Pantang dia kalau anak-anaknya mengabaikan solat.
“ Isha malaslah mak….” Bulat mata Puan Mariyatul mendengar jawapan anak bongsunya itu.
“ He…he..eh, mak ala baru cakap camtuh dah nak bertukar jadi Huck lak…hehe Isha cuti lah mak..”balas Isha sambil menyuap roti ke mulut maknya.Gaya memujuk.Puan Mariyatul terpujuk.Ain hanya melihat adegan itu sambil menghirup teh panas buatan  ibunya.
“ Mak Ain pergi kerja dulu yer,” Ain mengambil tangan ibunya lalu mencium kedua-dua belah pipi Puan Mariyatul. “ Mak jangan lupe suruh anak bongsu mak ni mandi kalau tak suruh, alamat sampai petanglah dia tak mandi,dah macam kambing pulak ,” sempat lagi Ain mengusik adiknya .Puan Mariyatul tersenyum sambil mengangguk tanda faham benar dengan pesanan anaknya.Isha mencebik .
“ Amboi kak Ain panggil orang kambing pun malam-malam tidur peluk orang ,” perli  Isha  kepada kakaknya itu.Huluran kakaknya disambut lembut.Walau orang kata macam anjing dengan kucing sekalipun mereka tapi Farisha tak pernah ambil hati dengan usikan kakaknya itu.dah biasa dah.

“ Mak,Isha rasa Isha nak buat bisnes lah,”
“ Bisnes?Hai, anak mak ni pandai ke buat kuih,lagipun nak bisnes ape?”soal Puan Mariyatul kehairanan.
“ Erm,bukan buat kuih mak ,Isha nak bukak kedai gambar,nanti orang nak datang ambil gambar boleh pergi kedai Isha,tak kisahlah gambar apa pun,passport ke.Boleh tak mak?Lagipun memang cita-cita Isha nak jadi photographer,” pinta Isha pada ibu kesayangannya.Puan Mariyatul hanya mendengar sambil mengangguk-angguk tanda faham kehendak anaknya itu.
“ Erm tapi Isha nak bukak kedai ni kena ada modal,mak takut mak tak cukup   duit untuk Isha  buat modal,” ujar Puan Mariyatul sayu.Dia sedikit kecewa kerana tidak dapat membantu keluarkan modal untuk anaknya.Sejak Encik Hanif meninggalkan keluarga itu,mereka hidup dalam keadaan sederhana.Dahulu Puan Mariyatul bekerja demi  menyara kedua-dua anak perempuannya.Kini Anak sulungnya Ain sudah bekerja sebagai seorang guru di sekolah menengah ,Ain menyuruh ibunya berhenti kerja.Bagi Ain dia tidak mahu ibunya bekerja ,biarlah dia yang menggalas tanggungjawab itu selepas ketiadaan ayahnya.  
“ Mak jangan risau nanti kalau Isha dah kerja Isha kumpul duit dulu pastuh bila dah cukup,Isha buat modal ye,mak ,lagipun Isha nak hantar mak pergi haji dengan duit Isha sendiri,” Berlinang air mata Puan Mariyatul mendengar impian anaknya itu.Farisha perasan dengan perubahan wajah kesayangan dia tu lantas memegang bahu orang tuanya itu.
“ Mak Isha janji nanti kalau Isha dapat kerja,Isha bawak mak pergi haji ye mak,mak jangan touching2 nanti Isha nangis jugak dalam lauk ni terus tak payah letak garam hehehe,” Puan Mariyatul ketawa kecil mendengar usikan anaknya itu.Dia tahu anaknya tidak mahu dia menangis atau berasa susah hati . “ Isha sayang mak !” satu kucupan diberikan ke pipi Puan Mariyatul.Mereka masak bersama sama lauk-pauk untuk makan tengah hari.

‘ Hai Farisha Humaira…bila kau nak kerja ni,nak kata tak belajar kau dah graduate pun,herm..belum rezeki kau nampaknya,’dia membelek-belek  kamera DSLR kesayangannya..hehe ala nak kata sederhana mampu pulak kan nak beli kamera.Sebenarnya kamera itu hadiah pemberian Mak Su dan Pak Su nya kepada Farisha.Yelah,anak buah kesayangan .Lagipun Pak Su yang gatal berjanji-janji bagai kalau Farisha dapat masuk universiti dapat kamera DSLR.Hah..dah dapat masuk terus Pak Su mengotakan janji pada anak saudaranya itu.Dia faham benar dengan minat anak saudaranya itu yang suka mengambil gambar,tak kira gambar permandangan  atau gambar  keluarga,teman atau gambar sendiri  sekalipun pasti kelihatan cantik dan unik gambar itu.Pendek kate bersenilah tangan tuh kalau dia yang ambil huhuh….alamak terlebih angkat sudah.


“ You ni kenapa Am?Dari tadi I tengok macam tak suka je I  lunch dengan you,”suara Hanis memecah kesunyian yang daripada dalam kereta lagi.Dia sedar yang Adam hanya bercakap ketika perlu aje.
“ Tak ada apa I cuma pening kepala sikit,banyak kerja kat ofis kot,”jawab Adam sambil memegang dahinya berkerut.
Hanis hanya mencebik sahaja mendengar jawapan Adam itu. “ Tak pelah kalau macam tu I balik ye,I tak mahu ganggu you,tambah pening kepala you lagi nanti,”ada nada-nada merajuk di situ.Hanis kecewa dengan kehadiran dia yang seolah-olah layan diri sendiri bila bertemu dengan kekasih hatinya itu.Belum sempat Hanis bangun dari tempat duduknya …
“ Hanis jom kita kahwin,”

No comments:

Post a Comment